Tuesday, September 17, 2019

Penulisan Refleksi GKK 1043

Kesihatan dan kecergasan adalah satu komponen yang penting dalam kehidupan kita. Menurut Dr. Wildor Hollman (1991), beliau mendefinisikan kecergasan sebagai suatu keadaan fizikal dan mental, di mana seseorang itu mempunyai kemampuan melakukan sesuatu tugasan oleh individu lain. Oleh itu, setiap pelajar ppism di seluruh IPG diwajibkan untuk mengambil subjek GKK 1043 iaitu kesihatan diri dan kecergasan. Hal ini agar dapat melahirkan bakal guru yang sihat dan cergas.
Sebelum memasuki institut pendidikan guru, saya amat jarang melakukan aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal. Hal ini kerana saya banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Malahan,, saya juga kurang mengambil berat tentang kesihatan dan kecergasan diri.Oleh itu, daya ketahanan badan saya amat lemah. Saya berasa mudah letih apabila melakukan aktiviti yang dijalankan.
Sepanjang berada tiga bulan di Institut Pendidikan Guru, banyak perkara yang telah saya pelajari. Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan iaitu mendaki bukit, jogging dan aerobik. Pada mulanya, saya mudah berasa letih apabila melakukan aktiviti yang dijalankan walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Namun setelah terbiasa melakukannya,  saya dapat merasakan aktiviti-aktiviti teersebut telah meningkatkan daya ketahanan saya.
Melalui subjek GKK 1043, saya telah telah diberi tugasan untuk melakukan ujian pra dan ujian post bagi SEGAK dan bleep test. Bagi ujian SEGAK, saya perlu mengukur berat dan tinggi bagi mengetahui komposisi badan saya untuk mendapatkan bmi iaitu body mass indeks. Skor BMI saya bagi ujian pra ialah sebanyak 19.3 manakala pada ujian post sebanyak 18.7. Skor BMI saya menunjukkan bahawa komposisi badan saya berada pada tahap yang normal. Hal ini kerana  BMI yang normal ialah dari 18 hingga 25.
Seterusnya, saya perlu melakukan ujian naik turun bangku selama 3 minit. Ujian naik turun bangku dilakukan bagi tujuan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular. Kiraan nadi saya pada ujian pra ialah sebanyak  99 manakala pada ujian post adalah sebanyak 92. Penurunan kadar nadi saya menunjukkan bahawa daya tahan kardiovaskular saya semakin  bertambah.
Seterusnya,saya juga perlu melakukan ujian tekan tubi yang bertujuan untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu. Semasa ujian pra, saya telah melakukan tekan tubi sebanyak 18 kali dan berjaya meningkatkannya sebanyak 30 kali pada ujian pra. Hali ini menunjukkan otot pectoral dan triceps saya telah berjaya dibina. Bagi ujian ringkuk tubi separa, saya telah melakukan sebanyak 14 pada ujian pra. Manakala pada ujian post, saya berjaya membuatn peningkatan walaupun sedikit iaitu sebanyak 18. Hal ini menunjukkan bahawa daya tahan dan kekuatan otot saya telah meningkat.
Akhir sekali, bagi ujian jangkaaun melunjur, saya telah melakukan sejauh 26cm semasa ujian pra dan 28 semasa ujian post. Dalam ujian ini, tidak berlaku banyak perubahan dalam skor pemarkahan.Hal ini menunjukkan bahawa fleksibiliti saya tidak meningkat. Bagi ujian bleep pula, saya telah melakukan sehingga tahap 3/5 sewaktu ujian pra.Manakala pada ujian post pula sehingga tahap 4/1. Hal ini menunjukkan daya tahan dan kecergasan saya telah meningkat.

Setelah melihat hasil perbandingan ujian yang dilakukan. Saya berharap agar tahap kecergasan saya dapat ditingkatkan dengan lebih baik. Oleh itu, saya bertekad untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa membuat senaman sekurang-kurangnya sekali seminggu.

No comments:

Post a Comment

Penulisan Refleksi GKK 1043 Kesihatan dan kecergasan adalah satu komponen yang penting dalam kehidupan kita. Menurut Dr. Wildor Hollman...