Penulisan Refleksi GKK 1043
Kesihatan dan kecergasan
adalah satu komponen yang penting dalam kehidupan kita. Menurut Dr. Wildor
Hollman (1991), beliau mendefinisikan kecergasan sebagai suatu keadaan fizikal
dan mental, di mana seseorang itu mempunyai kemampuan melakukan sesuatu tugasan
oleh individu lain. Oleh itu, setiap pelajar ppism di seluruh IPG diwajibkan
untuk mengambil subjek GKK 1043 iaitu kesihatan diri dan kecergasan. Hal ini
agar dapat melahirkan bakal guru yang sihat dan cergas.
Sebelum memasuki
institut pendidikan guru, saya amat jarang melakukan aktiviti yang melibatkan
kecergasan fizikal. Hal ini kerana saya banyak menghabiskan masa melakukan
aktiviti yang tidak berfaedah. Malahan,, saya juga kurang mengambil berat
tentang kesihatan dan kecergasan diri.Oleh itu, daya ketahanan badan saya amat
lemah. Saya berasa mudah letih apabila melakukan aktiviti yang dijalankan.
Sepanjang berada tiga
bulan di Institut Pendidikan Guru, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan iaitu mendaki bukit, jogging dan
aerobik. Pada mulanya, saya mudah berasa letih apabila melakukan aktiviti yang
dijalankan walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Namun setelah terbiasa
melakukannya, saya dapat merasakan aktiviti-aktiviti teersebut telah
meningkatkan daya ketahanan saya.
Melalui subjek GKK 1043,
saya telah telah diberi tugasan untuk melakukan ujian pra dan ujian post bagi
SEGAK dan bleep test. Bagi ujian SEGAK, saya perlu mengukur berat dan tinggi
bagi mengetahui komposisi badan saya untuk mendapatkan bmi iaitu body mass
indeks. Skor BMI saya bagi ujian pra ialah sebanyak 19.3 manakala pada ujian
post sebanyak 18.7. Skor BMI saya menunjukkan bahawa komposisi badan saya
berada pada tahap yang normal. Hal ini kerana BMI yang normal ialah
dari 18 hingga 25.
Seterusnya, saya perlu
melakukan ujian naik turun bangku selama 3 minit. Ujian naik turun bangku
dilakukan bagi tujuan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular. Kiraan nadi
saya pada ujian pra ialah sebanyak 99 manakala pada ujian post
adalah sebanyak 92. Penurunan kadar nadi saya menunjukkan bahawa daya tahan
kardiovaskular saya semakin bertambah.
Seterusnya,saya juga
perlu melakukan ujian tekan tubi yang bertujuan untuk mengukur daya tahan otot
tangan dan bahu. Semasa ujian pra, saya telah melakukan tekan tubi sebanyak 18
kali dan berjaya meningkatkannya sebanyak 30 kali pada ujian pra. Hali ini
menunjukkan otot pectoral dan triceps saya telah berjaya dibina. Bagi ujian
ringkuk tubi separa, saya telah melakukan sebanyak 14 pada ujian pra. Manakala
pada ujian post, saya berjaya membuatn peningkatan walaupun sedikit iaitu
sebanyak 18. Hal ini menunjukkan bahawa daya tahan dan kekuatan otot saya telah
meningkat.
Akhir sekali, bagi ujian
jangkaaun melunjur, saya telah melakukan sejauh 26cm semasa ujian pra dan 28
semasa ujian post. Dalam ujian ini, tidak berlaku banyak perubahan dalam skor
pemarkahan.Hal ini menunjukkan bahawa fleksibiliti saya tidak meningkat. Bagi
ujian bleep pula, saya telah melakukan sehingga tahap 3/5 sewaktu ujian
pra.Manakala pada ujian post pula sehingga tahap 4/1. Hal ini menunjukkan daya
tahan dan kecergasan saya telah meningkat.
Setelah melihat hasil
perbandingan ujian yang dilakukan. Saya berharap agar tahap kecergasan saya
dapat ditingkatkan dengan lebih baik. Oleh itu, saya bertekad untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat dan sentiasa membuat senaman sekurang-kurangnya sekali
seminggu.